Bersederhanalah dalam melangsungkan majlis perkahwinan anda kerana duit berlebihan itu lebih penting untuk digunakan selepas majlis perkahwinan nanti. Ikuti panduan ini.
1. Merancang lebih awal bagi setiap butiran yang akan dilakukan. Hotel dan katering biasanya akan mengenakan harga yang tinggi untuk apa-apa perubahan pada saat akhir.
2. Perhatikan ekspo perkahwinan dan periksa harga untuk pakej yang ditawarkan. Kebanyakan daripada pakej adalah agak mahal, jadi ambillah masa dan memilih serta merancang dengan bijak.
3. Jika ingin melangsungkan perkahwinan di sebuah hotel, bandingkan harga yang mereka tawarkan untuk majlis perkahwinan dan sentiasa berunding dengan harga yang terbaik.
4. Untuk perkhidmatan fotografi dan videografi, tidak perlu untuk membuat album sebelum dan selepas berkahwin, jika anda merancang untuk berjimat-cermat.
5. Untuk hantaran, anda boleh menghias hantaran dengan sendiri. Ia menyeronokkan dan anda boleh mendedahkan kreativiti serta menjimatkan wang ringgit.
6. Dapatkan harga terbaik untuk kad jemputan perkahwinan anda dengan memilih kedai-kedai yang menyediakan harga paling murah dan memilih untuk membuatnya dalam jumlah yang besar.
7. Untuk mengurangkan kos perkahwinan, pilih doorgift yang betul. Jangan pilih doorgift yang boleh menambahkan lagi kos anda.
BONUS!
Kurangkan kos kahwin anda dengan doorgift yang menarik dan jimat. KLIK SINI
No comments:
Post a Comment